Friday, January 28, 2005

Mohd Faizal Ismail (KUBUR)


Nama Penuh : Mohd Faizal bin Ismail
Tarikh Lahir : 10 November 1980
Kerjaya : Penggali Kubur sejak berusia 7 tahun
Laman Web : http://www.kubur.net/
Email : faizal@kubur.net /kubur1980@yahoo.com
YM ID : aku_five
No. Ahli SIM : 57
No. Sahabat RMKL : 30582
No. Sahabat Radio 1 : 4143

Laman yang saya gemari
Laman web rasmi sahabat interaktif malaysia
Laman web jabatan agama islam wilayah persekutuan
Anda boleh melihat gambar sahabat RMKL disini
Lagu apa yang anda suka disini
Sahabat saya Alid Sorento, bawal


KELEBIHAN surah AL-FATIHAN

InsyAllah..sekiranya kita mengamalkan dan mengekalkan bacaan AL-Fatihan sebanyak 41 kali di antara solat sunat dengan solat fardhu subuh maka kita akan.....

1. Dinaikkan pangkat jika dihajati sedemikian dengan izin Allah.
2. Dimurahkan rezeki sehingga menjadi kaya dengan izin Allah.
3. Dimuliai dan disanjung ketika bermusafir atau berdangan dan tetap tercapai cita-cita.
4. Dikuatkan semangat serta tenaga jika sebelumnya berkeadaan lemah.
5. Disembuhkan dari penyakit yang sukar diubati sekiranya menghidapinya.
6. Dilapaskan dari hutang piutang yang banyak sekiranya ada.

KUBUR Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. "Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran."

2. "Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam."

3. "Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan."

4. "Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar."

5. "Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya."

pedoman dan iktibar

LANGAU TIBA-TIBA
HURUNG LAHAD

"INNA lillahi wa inna ilaihi rajiun" itulah kata-kata yang mampu saya ucapkan sebaik sahabat saya, Karim membawa khabar sedih tentang Din lawa meninggal dunia!
Sebagai penggali kubur, tanpa berlengah lagi saya terus bergegas ke rumah Allahyarham yang hanya kira-kira 10 minit menaiki kenderaan.
Saya perhatikan belum begitu ramai rakan yang datang ketika saya sampai. Semasa menatap wajahnya yang terbujur kaku, Saya sedekahkan AL-FATIHH dan yasin seebelum mengukur jenazahnya bagi memudahkan kerje mengali liang lahad, Sebak seketika waktu menatap wajarnya kerana walaupun usia kami lebar jaraknya.
Menurut Saad, jirannya, Din lawa meninggal pada pukul 6.00 pagi selepas sesak nafas beberapa ketika.
"Anak saya yang temankan arwah setiap malam, Sejak dia jatuh skit tiga hari lalu. Semasa ke rumahnya untuk menjemput anak saya pagi tadi, Saya lihat arwah tercungap-cungap. Tak sempat buat apa-apa..." Kata saad sedih.
Selesai mengukur, saya terus ke tanah perkuburan yang jaraknya lebih kurang dua kilometer dari rumah Allahyarham jika melalui jalan pintas. Fikiran saya bercelaru mengenangkan saudara sekampung yang mati tanpa dibisikan kalimah Allah ke telinganya.
Memang dia segak orangnya, Kerana itu dia digelar Din lawa. Sejak zaman mudanya, dia memang suka 'pasang badan'. Jambulnya terjuntai hingga ke dahi, Sementara kaki seluar menyapu lantai. bukan sedikit gadis-gadis diperdayakannya.
Apabila ayahnya meninggal,sekeping demi sekeping tanah terjual. Din lawa menghabiskan wangnya berfoya-foya di pekan ipoh.
Pentas joget, kelab malam, kedai arak dan perempuan menjadi perkara paling penting dalam hidupnya. Saya masih ingat, suatu hari orang kampung heboh Din lawa hilang dari kampung.
"Dah dua tiga hari aku tak nampak,"kata sahabatnya leman roti.
"Skuternya pun tak ada,"kata pulak lebai silin,bapak szaudaranya.
Bagaimanapun lama-kelamaan Din lawa di lupakan orang. Kisahnya tenggelam ditelan masa. Selapas saya menamatkan perkhidmatan dalam tentera dan berpindah ke tempat sekarang, kira-kira lapan tahun lalu, suatu petang di sebuah gerai saya terpampan bertemu seorang yang rasanya cukup saya kenali.
Sangkaan saya betul, orang itu memang Din lawa yang sudah berpuluh tahun tidak saya temui.
"Aku dah tua..."katanya sambil menepuk-nepuk belakang saya sebaik saya memperkenalkan diri.
Bermula dari situlah, hubungan kami menjadi cukup intim dan menurutnya, dia tinggal bersedirian selepas ditinggalkan ister dan anak-anak.
Semakin lama semakin banyak yang saya tahu tentang diri Din lawa. saya bertambah terkejut apabila dia masih seperti dulu-suka mabuk,kaki betina dan pengunjung setia kelab dangdut.
Pernah saya nasihatkannya secara bergurau, tetapi dia mengatakan:"Hidup aku dah rosak...tak boleh dibaiki lagi..." selamba dia berkata begitu.
"Sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan, bang Din," kata saya.sambil ketawa Dia juga hanya ketawa kosong.
Dia terus sesat dalam dunianya.Dan menurut penduduk lama kawasan saya tinggal, Din lawa dah tak boleh dilentuh loagi, dah jadi buluh!
"Dah tak makan nasihat..." kata jiran-jiran tardekatnya.
Oleh kerana sebarang nasihat tidak diendahkan maka Din lawa terus menerus melakukan kemungkaran.
Bayangkan dalam usia yang sudah senja, dia masih melakukan kerje maksiat, masih menghampiri zina dan mengabaikan sama sekali perintah Allah. kerana jadi tahi arak dia hilang segala-gala, termasuk anak isteri. Tapi yang peliknya Din lawa bangga dengan perangainya.
"Aku sedozen pun steady lagi. betina lima enam semalaman pun mampu lagi..."katanya apabila ada rakan-rakan mengatakan dia sudah tua.
paling menyedihkn apabila rakan-rakan beritahu saya, Din lawa ditangkap sedang makan di sebuah restoran pada bulan puasa. Saya sedih!
Usahkan sembayang waktu,jumaat pun saya tidak pernah bertemu dengannya di masjid. Waktu orang berpusu-pusu ke majid, Dia terhuyung-hayang balik dari kedai kopi cina berhampiran.
"Nauzubillah...bang Din...bang Din!! semoga Allah ampunkan dosa-dosanya,"bisik saya dalam hati apabila menghampiri tanah perkuburan.
Ingatan pada rakan sekampung itu tiba-tiba terhenti, sebaik handle motor saya menggeletar apabila rodanya menlanggar ketulan-ketulan batu kecil di jalan tanah pinggir perkuburan.
Saya kemudian ternampak Alias dan sudin sedang tekun menggali. Selepas mematikan enjin motor segera saya berjalan ke arah mereka. Saya berikan ukuran liang lahad.
"Lambat lagi, penganglah dulu,"kata Alias.
Saya mengeluarkan sebatangt rokok, menyalakan api lalu menghembus asapnya ke udara.
"Secangkul pun belum, asap dah berkepul,"kata sudin. Alias ketawa tapi saya hanya mendiamkan diri. Ketika itu bermacam-macam perkara berlegar-legar dalam fikiran.
"Macam mana orang kampung kau ni, Yop?" terdengar suara Alias.
"Itu antara dia dengan Tuhan.
Tanggungjawap kau korek kubur...jangan banyak soal," balas sudin apabila melihat saya diamkan diri.
Saya hanya membiarkan mereka berbual. Benarlah, rata-rata penduduk kawasan tempat saya tinggal tahu perjalanan hidup Din lawa.
Sebelum ini pun di mana-mana orang bercakap tentang dia, baik di gerai di majlis kenduri-kendara bahkan di surau sekali, terutama apabila mendapat khabar dia sakit tenat.
"Yop kamu pula!" kata Alias sambil melompat dari lubang kubur.
Tanpa berkata walau sepatah, saya membuat liang lahad bersama sudin.
Sebaik siap, saya bersandar di dinding kubur. Sudin masih mengemaskannya menggunakan penyodok yang lebih kecik. Alias pila sedang merokok, sambil sesekali mengelap peluh di dahi.
Tiba-tiba seekor langau berwarna biru gelap,sebesah jari kelingking hinggap di muka saya. Lalu saya kibas dengan tuala kecil. Serangga itu terbang terus mengelilingi kepala saya.
Tapi dengungan sayapnya membuat saya kurang selesa. Saya libas sekali lagi, serangga itu hilang terus.
"Apa yang tak kena ni?"fikir saya dalam hati apabila langau itu terus mengganggu saya.
Tengan asyik mengelamun tiba-tiba dua tiga ekor lagi mincul. Bila langau itu hinggap saya tepis tapi kali ini ia hanya terbang seketika, lalu hinggap pula di muka Sudin.Berhempas pulas Sudin melibas dengan tuala kecik yang dililitkan di kepala. Gelagat kami memang lucu, macam aksi orang bersilat melibas dan memukul ke sana ke mari.
Terdengar suara Alias terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat kami. Saya juga turut ketawa. Saya yang masih tersandar di dinding kubur makin hairan apabila bilang serangga itu yang bertambah, semakin lama semakin banyak.
Dalam sekalip mata ratusan ribu langau berwarna hijau dan kebiru-biruan itu terbang di permukaan kubur. Saya cukup terkejut kerana sebelum ini, usahkan melihat langau, lalat pun tidak pernah terbang dalam kumpulan seperti lebah.
Bunyi dengungannya amat kuat membingitkan kami. Kami bertiga berdiri agak jauh dari kubur itu, tapi beberapa minit kemudian, semua serangan itu hilang. kami merapati kuburdan menjengah.
Bukan kepalang terkejutnya kami apabila melihat liah lahad penuh dengan langau tadi,seolah-olah seranga itu sedang menghurung bankai. Beberapa ekor terbang seketika, Kemudian hinggap semula, tindih-menindih sesama sendiri.
Yang peliknya, Kenapa langau itu menghurung lahad tempat jasad Allahyarham akan bersemadi? Saya terfikir:"Adakah mayat Allahyarham seperti..."tapi saya menepis fikiran liar itu kerana tidak sanggup membanding-banding atau menyamakan mayat manusia dengan sesuatu.
Kami hanya mampu pandang mendang sesama sendiri. Sudah bertahun-tahun saya berkerja sebagai penggali kubur, tapi inilah kali pertama saya berdepan dengan keadaan seperti ini. Belum pernah saya melihat begini banyak langua pada satu-satu ketiuka seumur hidup.
Saya lalu mencangkung di tebing kubur, diikuti Alias dan Sudin. tanpa berfikir saya terus membaca surah al-Ikhlas sambil menadah tangan.
Selapas membacanya sebelas kali, saya lafaskan ungkapan: "Ya Allah, janganlah engkau malukan jasad si mati. Dan kau permudahkanlah segala urusan kami. Kami mohon ke hadratmu ya Allah, ampunkanlah segala dosanya dan dosa kami. Sesungguhnya kami umat yang lemah!" Lalu saya tamatkan doa itu dengan membaca al-Fatihah.
Sebaik saya menyebut perkataan aminnn.. dengungan yang tadinya terhanti kembali kedengaran. Sekali lagi kami seperti dipukau melihat kumpulan langau itu terbang sedikit demi sedikit lalu hilang daripada pandangan.
Di dalam liang lahad itu, memutih teluh seranga itu yang ditinggalkan. Menggunakan penyodok, teluh langau itu kami keluarkan. Dan kami berpakat tidak akan menceritakan kepada sesiapa pun tentang apa yang kami lihat.
Sebaik jenazah Allahyarham tiba, Kami letakkan jasadnya di lahad dangan sebaik-baiknya walaupun sebelum itu ia menjadi tempat langau menghurug. Bersemadilah Allahyarham dengan selamat tengah hari itu.
Bukalah tujuan saya menceritakan hal ini untuk mengatakan ia sesuatu hukuman dari Allah. Tidak sama sekali! Bukan manusia yang seharusnya menjatuhkan hukuman, semua itu urusan Allah kerana Dialah yang serba tahu.
Saya hanya menceritakan apa yang saya lihat dan alami sendiri. Sebab-sebab begitu banyak langau datang menghurung kubur Allahyarham tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya kecuali Allah s.w.t.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya dan juga Allahyarham.

Wednesday, January 26, 2005

JENIS-JENIS KUBUR DALAM DUNIA

Perkuburan Islam
Perkuburan Islam di Malaysia


Kubur Hang Kasturi
teletak di Jorken Walk pecinan

Kubur Hang Jebat


Kubur Hang Tuah
teletak di Pantai Klebang

Kubur Dol Said


-------------


Kubur British
Tentera British yang terkorban ketika perang Naning (1831 -1832) menentang Dol Said

Kubur Belanda
teletak di bukit St. Paul melaka


perkuburan warga tionghoa di kota singkawang

Kubur Bosnia


Kubur Jawa Kuno


Kubur Roman


Kubur Russia


Kubur Jepun


Kubur Siam


Kubur Hindu


Kubur Budha


Kubur Kristian


Kubur Bahai (Ajaran Sesat di Iran)


Kubur Yahudi

Monday, January 17, 2005

KUBUR DIGALI TAK MAHU DALAM

DICERITAKAN OLEH:
WARIN BIN MAHWAL (Datuk kepada Kubur)

HAMPIR tiga puluh lima tahun menjadi penggali kubur, bagi Warin bin Wahwal 85, atau Wak Rin kejadian aneh, kubur yang di gali tak mahu dalam adalah satu pengalaman tidak boleh dilupakan olehnya kerana kejadian itu adalah paling aneh sepanjang bertugas sebagai pengali kubur.

Menurut Wak Rin kejadian tersebut berlaku sekitar tahun tujuh puluhan di tanah perkuburan Batu Tiga Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Seperti biasa sebaik diberitahu ada kematian, Wak Rin pun bergegas ke tanah perkuburan itu untuk mencari tempat yang untuk digali kubur.

“Tak banyak masalah, tanah perkuburan itu memang tempat saya, jadi macam biasalah hari itu saya meminta bantuan seorang rakan untuk menggali kubur tersebut.kami mula menggali kubur kira-kira pukul tujuh pagi.

“Menggali kubur bukanlah susah sangat,biasanya dalam masa setengah jam kami boleh menggali separas lutut atau lebih lagi.namun kali ini setelah menggali tiga jam di kawasan tanah perkuburan biasa yang tidak ada akar besar atau batu kami hanya berjaya menggali separas lutut, “cerita Wak Rin.

Katanya,tanah yang digali dinaikkan bertimbun, kalaudilihat dari tanah di tepi kubur itu memang lubang kubur yang kami gali sudah siap. Gali macam manapun lubangnya tidak mahu jugak dalam , hanya setakat separas lutut.

“Saya berpandangan dengan kawan-kawan lain,rasa-rasanya kalau diteruskan mengali kubur itu,esok pun belum tentu boleh siap. Makin digali kubur itu tidak bertambah dalam malah setakat itu sahaja. Hanya tanah sahaja yang dinaikkan tetapi lubang kubur tersebut tetapi tidak dalam, “cerita Wak Rin.

Menurut Wak Rin, setelah tiga jam mengali, dari pukul tujuh sehingga sebelas pagi kubur itu hanya berjaya digali separas lutut. Hairan betul, usahkan untuk menebuk liang lahad hendak dikebumikan jenazah pun tidak boleh.

“Setelah memikirkan bagaimana cara untuk menyiapkan kubur itu kerana masa berjalan jugak. Saya pergi ke rumah si mati. Saya panggil anak lelakinya yang bernama uda mintak dia datang ke kubur, “cerita Wak Rin.

Sebaik sampai ke tanah perkuburan itu Wak Rin menjelaskan kepada anaknya itu tentang masalah yang dihadapi mereka. Lubang kubur yang digali tidak boleh dalam walaupun tanah bertimbun dinaikkan tetapi dalam kubur itu hanya separas lutut.
Saya mintak Uda masuk dalam lubang ini dan duduk bersila,baca Al-Fatihah kemudian selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w selepas itu engkau minta ampun bagi pihak bapa engkau dengan apa juga kesalahan yang dilakukannya.

“Kalau kesalahan itu berkaitan dengan manusia,engkau kena selesaikan dengan orang itu. Kalau dia ada hutang atau sebagainya engkau hendaklah jelaskan hutang-piutangnya, “jelas Wak Rin.

Uda tidak membantah dia mengikut sahaja apa yang diarahkan Wak Rin setelah segala-galanya selesai udapun pulang. Wak Rin dan rakan-rakannya meneruskan kerje menggali lubang kubur itu untuk memastikan upacara pengebumian dapat dijalankan tepat pada waktunya.
Dalam masa setengah jam sahaja menggali lubang kubur tersebut dalamnya sudah separas dada. Kira-kira pukul satu tengah hari lubang kubur itu dapat disiapkan dengan sempurna dan urusan lain boleh dijalankan termasuklah mengebumikan.

“Kira-kira setengah jam Uda pulang ke rumah, saya pulang menyusurnya kerana ada hal dan dia terkejut apabila saya memberitahunya lubang kubur hampir siap. Bayangkan kami telah menghabiskan masa selama tiga jam sia-sia sedangkan dalam masa setengah jam kami telah menyiapkannya, “ujar Wak Rin.

Wak Rin lega benar kerana akhirnya lubang kubur yang digali, pada mulanya tidak boleh dalam tetapi akhirnya berjaya disempurnakan dengan baik dan jenazah tersebut selamat dikebumikan seperti orang lain.

“Kejadian itu adalah yang paling aneh pernah saya lalui sepanjang hampir tiga puluh lima tahun saya bertugas sebagai penggali kubur di Segambut dan juga Batu Tiga, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur kerana kami benar-benar penat setelah tiga jam berkerje keras hanya mampu mengorek separas lutut, “ujarnya.

Kejadian aneh itu menyebabkan Wak Rin ingin tahu latar belakang si mati dan setelah menjalankan penyiasatannya sediri dia mendapati semasa hayatnya si mati ini suka mengalih batu pancang tanahnya ke dalam kawasan tanah orang lain.

“Dia akan melarikan batu pancang tanahnya bermeter-meter ke kawasan tanah jirannya. Perangai buruknya itu memang terkenal dikalangan jiran-jiran dan juga orang yang ada tanah bersebelahan dengan tanahnya.

“Barangkali Allah nak tunjukan bahawa perbuatan melarikan batu pancang itu salah dan berdosa, maka kuburnya tidak boleh dalam seperti orang biasa. Kejadian tersebut menjadi peringatan untuk orang yang masih hidup supaya jangan suka mencuri tanah orang dengan cara mengalih batu pancang kekawasan tanah jiran sebelah, “cerita Wak Rin.

Satu lagi kejadian aneh pernah dialaminya juga sekitar tahun tujuh puluhan juga di Segambut. Tiga bulan kemarau tanpa setitik hujan dan kubur itu di atas bukit tetapi kubur itu dipenuhi air.
Katanya,dia benar-benar terkejut sebaik berjaya menggali separas lutut tiba-tiba kubur tersebut berair. Entah dari mana datangnya air tersebut tidak diketahui kerana pada musim kemarau di atas bukit mustahil ada mata air.

“Mahu tak mahu, saya terpaksa menggali juga kubur tersebut dengan perbagai persoalan terutama sekali punca air. Tiga bulan tidak ada hujan tetapi kubur tersebut terpaksa pula ditimba, “cerita Wak Rin.

Katanya, kubur tersebut ialah kubur untuk seorang perempuan berketurunan Pakistan. Dia terpaksa mejelaskan hal tersebut kepada anak wanita tersebut dan setelah anaknya bersetuju untuk dikebumikan di kubur itu dia tidak ada pilih lain.

“Kalau pada musim hujan memang perkara biasa kubur berair tetapi pada musim kemarau di atas bukit bagaimana kubur boleh dipenuhi air sehingga terpaksa ditimba pula untuk memasukkan jenazah itu, “ujar Wak Rin.

Menurutnya,dia mendapat tahu ketika hayatnya perempuan ini selalu dengki dengan jiran. Ketika mengambil air di paip yang dikongsi bersama jiran-jiran dia dengki, lama-lama dia mengunakan paip tersebut supaya orang lain tidak dapat air.

“Mungkinlah Allah hendak memberi petunjuk bahawa perbuatan itu tak baik maka kuburnya dipenuhi air kerana dia terlalu tamak dan dengki terhadap jiran-jiran, “ujar Wak Rin mengakhiri perbualan.

Sunday, January 16, 2005

PENGALAMAN LUTFI BIN SANUSI

PENGALAMAN LUTFI BIN SANUSI
DAN
MUSTAFA ABU HASSAN
(LUTFI ABANG IPAR KEPADA KUBUR)

MENTARI di atas langit sudah tegak mencanak. Mustafa abu Hassan, 58 atau lebih dikenali sebagai Pak Mus mula marasa cuak. Keringat di dahinya sudah sudah bertali arus sejak tadi dan kini hampir membasahi seluruh baju T barwarna putih yang dipakainya.

Sesekali Pak Mus menyeka peluhnya dengan tuala ‘good morning,yang sering dibawanya ketika mengali kubur.

"Kalau macam ni, manpuslah kita. Samapi bila takkan sudah!" rungut Pak Mus.
"Kita berehat dulu. Nampaknya ada masalah,

"ujar Lutfi Sanusi 36, yang turut menggali kubur bersama Pak Mus ditanah perkuburan islam Taman Seri Sinar Segambut Dalam Kuala Lumpur.

Mereka berjalan ke arah pohon bertam yang berhampiran dan berehat di situ. Pak Mus menyalakan api rokok. Dia menyedut dalam-dalam asap rokok.

Seingat Pak Mus, dia dan Lutfi memulakan kerja-kerja menggali kubur arwah Pak Meon(bukan nama sebenar) yang tinggal di Kampung Segambut tidak jauh dari Jalan Ipoh kira-kira jam 10 pagi tadi.

Entah mengapa setelah hampir tiga jam menggali, kuburnya hanya sedalam satu meter. Paling menghairankan, sudah setimbun tanah berlonggok di tanah perkuburan itu.

Pak Mus menggeleng-gelengkan kepala. Sebentar lagi masuk waktu zohor. Dia dimaklumkan oleh keluarga arwah Pak Meon, jenazah akan di kebumikan selepas waktu tersebut.

Tarbayang diruang matanya, sebantar lagi pasti jenazah akan dihanta ke situ. Mengenangkan itu, Pak Mus menjadi risau kerana kubur yang digalinya masih belum selesai.

Sepanjang 23 tahun dia menggali kubur tidak pernah pula terjadi jenazah tidak dapat ditanam disebabkan kuburnya tidak siap.

Bagaimanapun, Pak Mus sudah tidak sanggup lagi. Tangannya sudah melecet dan tulang di badannya sudah mula terasa sengal. Maklumlah sudah tua. Begitu juga dengan Lutfi, bahunya terasa kebas meskipun kudratnya masih utuh kerana masih muda.

"Apa kita nak buat ni. Badan aku sudah tidak berdaya lagi. Kau tengok tanah tu, kalau masukan dalam lori satu tan, sudah tentu penuhhh!" kata Pak Mus dengan nada kesal.

"Saya pun rasa pelik sejak tadi. Tanah yang digali, dalamnya tetap hanya satu meter dalam, "sambung Lutfi.

Tiba-tiba Pak Mus teringatkan nasihat kawannya yang juga seorang penggali kubur. Katanya. Kalau terjadi apa-apa yang pelik pada tanah kubur, panggilkan ahli saudaranya yang terdekat dan berdoa kepada Allah untuk memohon petunjuk.

Dangan tidak berlengah lagi, Pak Mus mencapai basikalnya yang dilitakkan di tepi jalan meju kerumah arwah Pak Meon di Segambut. Melopong mulut Lutfi ditinggalkan keseorang.

Di rumahnya, jenazah arwah Pak Meon sudah siap dikapankan. Cuma menuggu untuk disembahyangkan. Cepat-cepat Pak Mus mencari Hussin,(bukan nama sebenar)anak lelaki arwar Pak Meon yang berusia dalam lingkungan lewat 20-an.

Dia membisikkan ke telinga Hussin menceritakan apa yang berlaku, Hussin
terkejut bukan kepalang. Tanpa berkata apa-apa Hussin dan Pak Mus terus ke tanah perkuburan semula.

berberapa orang yang berada di situ berpandangan di antara satu sama lain dan tertanya-tanya.

Sesampainya Hussin di kawasan lubang kubur yang digali, hatinya bertukar menjadi hiba melihat timbunan tanah. Bergenang air di kelopak matanya. Entah apalah dosa ayahnya sehingga tanah pun sudah tidak dapat menerimanya.

Tanpa dipinta, Hussin terus megangkat tangan dan berdoa dengan sepenuh hati memohon supaya Allah mengampunkan segala dosa-dosa arwah bapaknya. Pak Mus dan Lutfi yang mendengar doa Hussin turut sedih dan mengalikan air mata.

Hussin terus menghayunkan cangkul ke dalam lubang yang digali oleh Pak Mus dan Lutfi dengan kuasa Allah, lubang kubur yang digali oleh Hussin berjaya disiapkan dalam tempoh setangah jam dan jenazah arwah Pak Meon selamat dikebumikan juga akhirnya.

Menurut Pak Mus, dia mendapat tahu dari beberapa orang keluarganya arwah Pak Meon seorang yang tamakkan tanah. Dia gemar mengubah batu sempadan jirannya. Begitu juga halnya ketika dia membuat pagar di keliling rumah, dia akan lebihkan sedikit di kawasan.

Tidak cukup dengan itu, di kampungnya arwah Pak Meon pernah dengan bengganya menberitau keluarganya yang kebun buah-buahanya begitu luas. Sebenarnya dia sudah mengubah sempadan dan tanah. Kebetulan, tanah sempadan yang diambilnya adalah milik seorang anak yatim yang kematian ibu dan bapak akibat kemalangan.

"kejadian ini harus dijadikan iktibar kepada kita yang masih hidup sebagai manusia, kita harus tahu yang mana satu hak kita kerana kita hanya hidup semantara. Dunia hanya jambatan di akhirat, manakala di akhirat kekal abadi.

"apabila kita meninggal dunia, semua harta kita juga akan tinggalkan, "ujar Pak Mus yang sudah 30 tahun bertugas sebagai penggali kubur. Selain menggali kubur di tanah perkuburan Islam Jalan Ipoh, Pak Mus juga menggali kubur di tanah perkuburan Islam Segambut Dalam.

Tambahnya lagi, kejadian yang dialami bersama rakannya Lutfi telah berlaku kira-kira lapan tahun lalu. Sehingga ke hari ini peristiwa itu sebagai asam garam dalam hidupnya sebagai penggali kubur.

28 hari bulan sebelas pada tahun 2004 tepat jam 2.15ptg pak mus telah pulang ke rahmatuallah…AL-FATIHAN kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat AMIN…….

Saturday, January 15, 2005

PENGGALI KUBUR BERPENGALAMAN

SEBAGAI penggali kubur yang berpengalaman, memang tidak dapat dinafi pelbagai perkara aneh pernah ditempuhi warin mahwal, 85 atau penduduk di sekitar segambut hanya memangilnya wak rin itulah panggilan mesra sejak zaman berzaman diberikan kepada penggali kubur itu.

Bagi wak rin, dia tidak pernah merasa takut menjalankan tugas sebagai penggali kubur dan biasanya dia menyiapkan sebuah kubur seorang sahaja tanpa bantuan sesiapa. Disebabkan biasa dengan kerja-kerja tersebut, semuanya dapat dilakukan dengan sempurna.

"saya buat kerja ini sebenarnya bukanlah untuk mencari wang tetapi lebih kepada ibadat dan sumbangan kecik saya kepada masyarakat sekitar segambut. Kalau nak kaya menggali kubur tak akan menjadi kaya, "kata wak rin ketawa kecik.

Hampir tiga puluh lima tahun menggali kubur, walaupun usianya agak lanjut tetapi dia tetap mahu mencurahkan keringat dan tenaganya untuk mesyarakat sekitar segambut kuala Lumpur walaupun bayaran yang diterima bukanlah banyak.

Selain menggali kubur, ada juga sesetengah keluarga yang mahu mendapatkan khimat untuk mengadakan tahlil untuk arwah keluarga yang dikebumikan di sini.

Wak rin juga boleh mengaturkannya tetapi perkara ini jarang-jarang berlaku.
Sebagai orang lama, wak rin mempunyai kelebihan luar biasa yang tidak ada pada orang lain yang bukan penggali kubur.
Dia boleh mengenali dan mengetai samada sesuatu kawasan tersebut ada kubur lama atau tidak dengan hanya menepuk tanah dengan tangan atau dengan cangkul.

Bagi kawasan tanah perkuburan lama yang berusia ratusan tahun dan belum ada sistem tertentu kerap kali penggali kubur yang tidak berpengalaman tergali kubur orang lain kerana tidak ada sebarang tanda seperti batu nesan atau sebagainya.

Inilah kelebihan yang ada pada wak rin, dia dapat mengesan mana-mana kawasan yang ada kubur lama di bawahnya atau pun tidak dengan hanya menepuk kawasan tersebut dan kepandaian ini tidak dapat pada orang lain.

Bila ditanya bagaimana dia memiliki kepandaian itu, wak rin ketawa, katanya semua itu adalah bergantung kepada pengalaman dan pengamatan seseorang penggali kubur tersebut dan bagi yang lama sepertinya memang boleh mengecam kawasan tersebut.

"saya dah lama menggali kubur dan pengalaman tersebut yang membuatkan saya mahir mengesan samada kawasan itu ada kubur lama dibawahnya atau tidak. Saya ketuk dengan cangkul, biasanya kalau saya kata ada kubur lama, tekaan saya selalunya tepat.

"ini semua dipelajari menerusi pengalaman kerana kawasan yang ada kubur di bawahnya bunyinya berbeza dibandingkan dengan kawasan masih kosong. Saya juga memerlukan masa lama untuk mengasan dengan cara mengetuk atau menepuk tanah sebelum menggali kubur, "ujar wak rin.

Biasanya, sebelum menggali kubur baru di tanah perkuburan lama wak rin akan menepuk dulu kawasa tersebut bagi memastikan kawasan tersebut masih kosong dan tidak mempunyai sebarang kubur lama di bawahnya.

"kadang-kadang kalau terkena kubur lama banyak masa etrpaksa dihabiskan untuk mengambus kembali kubur itu sedangkan jenazah perlu dikebumikan segara. Jadi bagi saya masa sangat perlu dan bagi mengelak karja berulang kali sebelum menggali sesuatu kawasan penelitian harus dilakukan terlebih dahulu, "ujar wak rin.

Menurut wak rin, ada perbezaan bunyi apabila diketuk bagi kawasan yang ada kubur lama dibandingkan dengan kawasan tidak berkubur. Namun bunyi ini hanya boleh dikenali mereka yang cukup mahir sahaja.

"sayapun lama belajar mengenali sesuatu kawasan dengan cara ini, bukan sehari dua. Saya menggali kuburpun hampir tiga puluh lima tahun. Saya belajar secara perlahan-lahan sehinggalah saya boleh kenal kawasan itu ada kubur atau tidak, "ujar wak rin.

Katanya, ada juga rakan-rakannya yang degil atau mungkin juga mahu menduganya, mereka menggali juga kawasan yang dikenalpasti wak rin ada kubur lama. Apa lagi mereka terkejut sebaik bertemu dengan kubur lama dan terpaksa menimbusnya semula.

"sejak itu, mereka tidak pernah membantah cakap saya kalau saya kata jangan gali mereka tidak akan gali kawasan itu tetapi cari tempat lain. Biasanya mereka minta saya mengenalpasti terlebih dahulu sesuatu kawasan terutama sekali di tanah perkuburan lama yang tidak ada system kadang-kadang batu nesanpun tak ada, "ujarnya.

Menurut wak rin, cara dia mengenalpasti sesuatu tanah perkuburan itu bukanlah dengan sihir atau sebarang ilmu tetapi ialah dengan pengamatan serta sedikit pertua sahaja bukan ada ilmu salah atau sebagainya.

Friday, January 14, 2005

3KALI PETI MAYAT TERBUKA SENDIRI

SEJUK malam sudah mula terasa mencengkam sehingga ke tulang sumsum. Mustapha taib, 62, terpaksa menyelesaikan segera satu kes mayat seorang lelaki yang berasal dari segambut, kuala Lumpur yang meninggal dunia akibat kemalangan.

Bilik bedah mayat hospital kuala Lumpur (HKL),cheras kuala Lumpur kelihatan tenang. Pendingin udara memang sengaja dipasang dengan suhu yang rendah kerana terdapat banyak peti simpanan mayat di situ.

Sebab itulah mereka yang bertugas sudah lali dengan kesejukan di bilik mayat. Cuma pada waktu malam kadang-kadang kesejukannya agak melampau. Untuk mengelakkan rasa sejuk, mustapha akan memakai jaket tebal.

Sebagai atendan hospital, dia bertugas sebagai pembantu doctor ketika bedah siasat dijalankan. Mustapha rasa lega berjalan dengan lancar sekali.

Mustapha tahu setelah bedah siasat dilakukan, segala punca kematian akan dapat ditentukan. Kemudian, barulah laporan dibuat dan mayatnya akan diuruskan untuk dituntu oleh waris si mati.

Jika tidak dituntu, mayat etrsebut akan dimasukkan ke dalam peti di bilik mayat dan sekirannya sudah berbulan-bulan lamanya, pihak hospital akan mengurukan mayat tersebut untuk dikebumikan mengikut agama si mati.

Sebaik sahaja selesai menjalankan bedah siasat, mustapha disapa rakan sejawatanya.
"jaga-jaga dengan peti mayat bernombor sembilan. Kalau dia terbuka sendiri, jangan lupa tutupkan semula," usik paul kepada mustapha. Paul ialah salah seorang petugas di situ yang bersiap sedia mahu pulang ke rumah.

Malam itu adalah giliran mustapha bertugas di bilik mayat. Setahu mustapha, peti mayat bernombor sembilan itu adalah mayat seorang lelaki melayu yang berasal dari
kelantan.

Mustapha hanya tersenyum mendangarkan usikan paul. Dalam hatinya, tidak sedikitpun timbul rasa takut.

Mata mustapha sudah mula layu. Bila dia melihat ke arah jam dinding, ternyata malam sudah semakin larut. Masa sudah menujukkan pukul 12.00 tengah malam.

"krett… Ekk.. ekk!!!" telinga mustapha tiba-tiba menangkap bunyi seperti sesuatu sedang terbuka mustapha yang hampir terlena di meja tempat duduknyah bingkas bangun.

Dia mengesat-ngesatkan matanya dan pada masa yang sama cuba meneka dari manakah agaknya datangnya bunyi tadi.

"isyy… bunyinya sepeti di bilik simpanan mayat,"tanpa berlengah lagi mustapha terus melangkahkan kakinya menuju ke peti mayat yang kebetulan pada masa itu menyimpa lebih lima mayat yang belum lagi dituntut.

Mata mustapha melingas ke kiri dan ke kanan dan terus terpaku apabila memandang ke arah peti-peti mayat yang ada di hadapannya.

"Astagfirullah al adzim…. Peti nombor sembilan," getus hati mustapha.
Jantungnya berdegup kencang. Bulu romanya tegak berdiri. Serta-merta dia teringatkan usikan paul pada petang tadi.

Mustapha menguatkan semangatnya sambil mulutnya tidak lepas menbacakan ayat-ayat suci al-quran yang diketahuinya. Apabila perasaannya sudah tenang, dia terus menutup peti mayat perlahan-lahandan memastikannya ditutup rapat. Kemudian, di kembali ke kerusi yang didudukinya tadi.

Setengah jam kemudian, mustapha terlena kembali. Meskipun dia berada berhampiran dengan bilik mayat yang berbau tertapi hidungnya telah lali dengan bau tarsebut. Sepanjang bertugas sebagai atendan hospital, dia telah terlibat dengan kerja-kerja bedah siasat nahas peritiwa 13 mei.

Selain itu, mustapha juga terbabit menguruskan mangsa nahas kapal terbang yang terhempas di tanjung kupang, mangsa letupan kilang mercun di sungai buloh dan juga mayat-mayat dari runtuhan highland towers.

Ketika terlibat dalam bedah siasat peristiwa nahas yang berlaku di negara ini, dia terpaksa menghidu bau hanyir darah, mayat yang sudah berulat rentung dan berbau busuk.

Kira-kira jam 4.00 pagi, sekali lagi mustapha dikejutkan bunyi seperti pintu terbuka. Dalam keadaan terhuyung haying dia mengesatkan matanya. Mustapha pasti bunyi itu datangnya dari bilik mayat. Sekali lagi kakinya melangkah masuk ke peti simpanan mayat.

Alangkah terkejutnya mustapha kerana pintu peti mayat bernombor sembilan terbuka dengan begitu luas sekali.

Melopong mulut mustapha apabila melihatnya. Seperti tadi, dia kuatkan semangatnya sambil membaca zikir bagi menenangkan hatinya. Perlahan-lahan mustapha menutup pintu peti mayat tersebut.

Keesokan paginya ketika doctor masuk ke dalam bilik simpanan mayat, dia memarahi mustapha kerana tidak menutup pintu peti mayat yang bernombor sembilan.

Mustapha terkejut kerana sudah dua kali dia menutup peti mayat dan akhirnya dia dimarahi doktor kerana pintunya masih terbuka.

Mustapha terus membela diri dengan menceritakan apa yang berlaku menyababkan doctor yang pada mulanya tadi marah-marah jadi tersenyum. Mungkin dia faham dengan gangguan tersebut.

"saya rasa sengat hairan bagaimana pintu peti mayat boleh terbuka kerana ia memang ketat. Malah selama ini tidak pernah sekalipun peti tersebut terbuka dengan sendirinya.

Mungkin ketika hidupnya, si mati pernah menuntut ilmu salah. Tetapi itu urusan dia," ujar mustapha yang kini telah bersara dari tugasnya itu.

Sepanjang kerjayanya, dia pernah membantu mangsa pergaduhan 13 mei pada tahun 1969 dan membantu dalam tragedy runtuhan highland towers di ulu kelang, selangor sehingga menerima dua sijil penghargaan di atas jasa baktinya.

Bagi mustapha, selama 25 tahun bertugas di bilik bedah mayat berbagai-bagi pengalaman dapat ditimbahnya termasuklah beberapa kejadian aneh yang menguji keberaniannya.

Namun, mustapha menganggap peritiwa tersebut sebagai asam garam di dalam kehidupannya….

Tuesday, January 11, 2005

Hidup Sebelum Mati

Kesah Benar yang diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ianya berlaku dikawasan dearah Gombak dimana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh.

Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu macam macam jenis mayat saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat disempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun lalu mendedahkan saya pada satu kes yang cukut "istimewa" sepanjang saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar. Peristiwa itu berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya diSerkam Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidak dapat lah saya nyatakan disini. Ianya terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya. Pada hari itu, saya pergi kerumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh baca al-Quran. Tapi bila saya hendak balik, anak Allahyarham datang dan menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata " Cubalah tanya dia sendiri ". Tapi kawan saya ada menberitahu dua bulah yang lepas saya sahaja mengadakan kurus dalam hal pengurusan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu jenazah tidak elok dibiarkan lama lama. Saya terus pergi kerumahnya. Tapi bila saya hampir sampai kerumah allayrham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak penah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah allahyrham, sekali lagi hati saya tersentuh saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh macam macam perasaaan ........ takut, cemas, kesal dan macam macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oeh anak Allahyarham dan saya potongkan. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang mengikut kurus pengurusan jenazah yang penah saya jalankan. Saya ajak mereka menbantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikankan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangun kan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu sangat mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tapi melalui mulutnya. Lain macam saja ni, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut urut lagi perutnya. Tapi najis keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar debar. Apa yang sedang berlaku didepan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis, saya harap ianya tidak berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali terakhir. Tiba tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hibup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya. Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kemantianya dengan waktu saya mengurusnaya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya.. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang begitu sengkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Meraka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi,mereka juga terkejut dan penik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan kemuka mereka. Saya kata kepada mereka, " Inilah ujian Allah kepada kita." Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi pergi panggil semua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki laki. Seorang berada diluar negeri dan enam lagi berada disini.Bila kesemuanya anak Allahyarham masuk, saya marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawap saya hanyalah membantu memguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawap tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal memguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tuk imam, tuk bilal, tuk siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pergorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat saat begini anak anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu. saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggekan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba tiba keluarlah ulat ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah ........ Suasana menjadi makin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat kedalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat sebab saya takut perkara perkara yang lebih aib akan berlaku. Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan diatas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup cukup memarasi hujung kepala dan kaki, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potong dan tampung ditempat tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tapi apa nak buat, itu saja yang boleh saya lakukan. dalam masa yang sama saya berdoa kepada Allah " Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, Cukuplah sekadar peringatkan kepada hambamu ini. " Selepas itu saya beri taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan, yang hadir cuma 13 orang saja. Selepas sembayangkan jenazah tadi, satu lagi masallah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantar ketanah perkuburan kerana tidak ada kerata jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya tapi peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul memawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya tunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah Allahyarham, tiba tiba isterinya keluar. Denga suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai. " Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk angkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya." Renungkanlah, kalau tidak ada apa apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu bawa balik vannya.Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia anak murid saya. Dia meminta izin dari saya dalam 10 - 15 minit untuk bersih kan keratanya itu.Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kerata tersebut, tapi dalam keadaan basah kuyup. Kereta itu yang dimaksudkan itu sebenarnya lori dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, penahkan kita lihat satu jenazah dibawa kekubur dengan lori ayam? Dalam perjalan menuju kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah bantu kami menguburkan janazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa apa lagi peristiwa ganjil.Rupanya apa yang saya takut kan itu berlaku sekali lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai saja jenazah kekuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun kedalam liang dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja kebumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawapnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendalkan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia terlentang atau terlangkup ..... nanuzubillah. Kalau mayat terlangkup ..... tak ada harapan untuk mendapat syafaa Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talkin, saya tengok tanah yang injak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang kerumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Apakah dia penah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merempas, menipu rasuah, memakan harta masjib dan anak yatim? Isteri Allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk menberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya sehingga sekarang, tidak seorang pun anak Allahyarham menghubungi saya. Untuk pengetahuan umum, anak Allahyarham merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristeri orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang mambantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Merekan kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak anak Allahyarham telah menjadikan mereka Sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata " Tidak ". Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila bila. Kepada masyarakat, tanya lah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu berulang ulang kali dan hingga sampai satu masa nanti, masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa? Renungkanlah ...

Monday, January 10, 2005

Kubur: Selangor tunggu pelan cadangan DBKL

KUALA LUMPUR, Khamis 2 Dis.--Sebarang keputusan berhubungan cadangan pembinaan tapak perkuburan bagi penganut pelbagai agama di Semenyih hanya diputuskan selepas pelan struktur dan reka bentuk projek diteliti Kerajaan Selangor.
Menteri Besar, Datik Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, beliau tidak mahu memberikan apa-apa komen sehingga pihaknya menerima pelan struktur itu yang sedang disiapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
``Saya hanya akan komen bila saya terima dan teliti pelan itu dari DBKL,'' katanya ringkas selepas merasmikan majlis penutupan Persidangan Pengurusan Islam (Ismac) 2004 anjuran Kolej Islam Darul Ehsan (Kisdar) di sini, hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd. Isa Samad mengenai keputusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek pembinaan itu walaupun tanpa persetujuan kerajaan negeri.
Mohd. Isa berkata, cadangan pembinaan projek itu sudah dipersetujui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.
Menurut Dr Mohamad Khir, beliau belum menerima sebarang dokumen berkaitan cadangan itu dan enggan mengulas kecuali selepas menerimanya kelak. –www.agendaselangor.com

Tuesday, December 14, 2004

Kisah di kawasan perkuburan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.

Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.
Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje".

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??"Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"

Saturday, December 04, 2004

Kuburnya digali semula...

Jenazah Latip yang mati dibunuh itu diusung ke tanah perkuburan oleh orang-orang kampung. Sewaktu jenazah tersebut hendak dikebumikan, hujan turun mencurah-curah dengan tiba-tiba. Maka, segala kerja terpaksalah dilaksanakan dengan pantas kerana semakin lama hujan tersebut semakin lebat.Malam itu Derus tak dapat melelapkan matanya. Nak duduk salah, berdiri pun salah. Akhirnya Derus nekad. Tepat pukul 12 tengah malam, Derus mengambil beberapa peralatannya dan terus menuju ke kawasan perkuburan. Sasarannya hanya satu, kubur Latip!Dengan tenang, Derus menyalakan lampu pelitanya dan dia pun memulakan kerja menggali semula kubur tersebut. Peluh dingin tak henti-henti mengalir dari badannya...... namun Derus masih lagi dengan nekadnya. Dia menguatkan semangatnya dan terus menggali kubur Latip yang masih baru itu.KUK!! Mata cangkul Derus mengenai sesuatu. Derus tahu dia sudah hampir sangat dengan mayat Latip. Derus harus berhati-hati. Separuh dari usahanya kini telah berjaya.Derus melompat naik ke atas semula untuk berehat seketika. Sejurus kemudian, dia melompat ke dalam kubur semula sambil tangan kanannya memegang kemas sebatang lilin yang sudah sedia terpasang. Derus meninjau-ninjau keadaan di sekitar tempat jenazah Latip disemadikan sambil sekali-sekala tangannya menguis-nguis tanah di sekitar tempat persemadian tersebut. Derus mula mendengus dengan penuh rasa tak puas hati sambil matanya masih lagi meliar mencari sesuatu.Dengan tiba-tiba ,suasana di kawasan perkuburan itu menjadi riuh-rendah. Berpuluh-puluh cahaya lampu suluh menyuluh ke arah muka Derus yang masih lagi berada di dalam kubur Latip. Derus tersentak!"Ooo... ini rupanya kerja engkau ye Derus! Engkau dah takda kerja lain ke, hah?!" Tok Penghulu terus menyergah dengan marah."Tapi tok.... tapi....""Takde tapi-tapi! Engkau naik sekarang jugak! Naik aku kata!" Tok Penghulu kelihatan betul-betul marah. Semua yang berada di situ tak berani nak bersuara..... malah ada antara mereka yang terpaksa menahan kentut kerana terlalu takut pada Tok Penghulu yang sedang marah itu. Dengan perlahan-lahan Derus melompat naik ke atas kubur."Tapi tok... saya cuma nak cari.....""Cari apa?! Cari minyak dagu, hah?! Carik apa?! Carik ini?! Hiyarkhh!!" Tok Penghulu terus menumbuk lutut Derus sehingga menyebabkan Derus terpelanting. Tak cukup dengan itu, Tok Penghulu terus menampar siku Derus sekuat hati sehingga menyebabkan mulut Derus berdarah."Tok Penghulu..... tok..... cuba lihat benda tu!" Tiba-tiba suara Lokman mencelah sambil tangannya menyuluh ke arah satu benda yang terdapat di dalam kubur Latip. Lokman terus melompat ke dalam kubur dan mengambil barang tersebut yang kelihatan separuh tertanam berhampiran dengan jenazah Latip. Lokman segera menyerahkan benda tersebut kepada Tok Penghulu. Tok Penghulu tergamam seketika."Err.... ini ke benda yang kau carik tu Derus?" Tanya Tok Penghulu pada Derus yang hampir-hampir cedera parah setelah dibelasahnya tadi."Iye tok. Itu ...... itu dompet saya. Duit saya semua ada kat dalam tu. Kalau tak ambik balik, macam mana saya nak belikan susu untuk anak saya kat rumah tu." Jawab Derus dengan nada yang lemah.Oleh kerana merasa malu dengan tindakannya yang tanpa usul periksa itu, Tok Penghulu akhirnya meletakkan jawatannya sebagai Tok Penghulu dan kemudian beliau memohon pula jawatan sebagai operator pengeluaran di salah sebuah kilang membuat selipar Jepun.
Apakah pengajaran disebalik cerita ini?. Hehheh? fikir ler sendirik..

Friday, November 26, 2004

Tunggu kehadiran kubur disisi anda !!!